Saturday, March 5, 2011

Saya, Jepong & da Food!

hm..kisah jepun ni memang tak kan habis kan..banyak kot nak cerita. tapi hari ni kita kupas kesah jepun dan makanan mereka yang ............ (ikut tekak korang lah nak isi apa ye). frankly speaking, im not fancy at all with japanese food. kalau orang nak belanja pun, dengan muka kecewa kata, takpelahhh.. atau dengan mata berkerut, tak mo ahhhh!!! atau dengan ngada-ngada berkata 'euwwww, taknak lah u, i tak suka makan sushi nih' (ok, stail ni tak pernah sebenarnya =p) tapi dah sebab gatai sangat nak pi jepun kan. hah. hambek ko!

so, makanan ktrg sepanjang kat sana datang dalam beberapa kategori. yang beli kat kedai, shinkasen atau yang bawak dari malaysia/masak sendiri.

1) makan kat kedai atau tepi jalan....

lunch set @ kedai makcik, chidori (390yen) - kire murah tau nih
makcik ni baik gila, siap tapau bagi xtra food sebab tau ktrg nak jalan jauh. tp tak habis pun sebab nak termun..... heeee. saya tekak melayu lahhh. ;)

@ kyoto, soba and tofu yang agak fofular kat kyoto
3orang makan, 2650yen.. tapi yang ni licin ktrg makan. sebab nampak kan muka orang kebulur kat atas tu. hehe

hotate / scallop (melayu panggil apa ek??) @ otaru. 5 ekor 1,050yen. tapi ktrg makan 15 hekor! + nasi putih. sungguh sodap. okla, kat sana semua rasa sedap je sebab memang makan untuk hidup bukan hidup untuk makan.

ice cream?? ini pun nak cerita ke??...nexttttt!!!

crepes!!! yayyyy. sangat suka sebab ini je yang paling mampu dan boleh makan. dari macam-macam kedai jugakla dah rasa, ada yang sedap, yang sampai sakit gigi nak gigit! ada yang buat pening sebab whipped cream banyak sangat. but the price is okla, average from 350yen - 500 yen.
(amaran keras: sila jangan gatal-gatal nak convert ke RM ye!!!!haha)

little india food! ayam dah cek dari brand halal ok. heh. satu set dalam 1250 yen kot. tak ingat dah. tapi sila tengok la roti nan die, macam nak terbang daaaaa.. besau gila! so very the sure la tak habis. lalalalala~ =P

LOtteria!!!!!

orang tua selalu berkata, "zaman jepun dulu, nenek makan ubi je. ada duit pun, susah nak cari makanan." so skang dah leh jawab ye, "saya pun nek! tapi saya makan ubi kat jepun....hehe" dan terus berlari-lari anak untuk elak kena lempang, tak yah nak laju sangat ye, konfem nenek takleh nak kejar. huawawawa. *watak di atas bukan nenek saya..sekian*

@ Sapporo, Hokkaido. yang ni paling ultimate...1 bowl of rice topped with raw seafood or half cooked. sashimi (salmon), ika, ikura (salmon roe), tuna, shrimp, squid, urchin dan macam2 lagi la.. rege? 2,000yen. tapi saya habis makan ni. yeayyyy! mahal kot..so main telan je. *tapi sashimi tu sedap lah, i loiikeee! baru jatuh chenta*

2) Shinkasen / train.........

ni aweks yang menjual dalam train, ala-ala naik air asia tu... itu tangan kazen saya, beliau memang suka ngayat aweks-aweks train ini. hohohoho =p.

1,200yen - bento set. nampak tak salmon roe tu..nampak tak? nampak tak? tak suka... tskk.

soba + ubat batuk sujukk. hehe. 600yen

1,200yen.. ni kat cafe dalam train. otw ke Hokkaido dari Tokyo

Yang ni paling takleh blaaa..1,100 yen. sashimi + tuna + plain rice. adehhh. telan jela ye. tapi tuna saya kalah..tak mampu!!! tolong!!!!............ -_-"

3) Bekalan dari negara terchinta / buat sendiri....

hohoho...mangat susun. padahal stay 2 malam je. bNyak tak? tapi ni pun dah hari ke-4 camtu. ada lagi 10 hari gitu nak survive..alhamdulillah cukup jugakla. cuma kalau ada banyak lagi kari berahim, fuhhh. syiokkk maaa..

Mee maggi cepat dimasak, sedap di makan...Mee maggi cepat dimasak, sedap di makan...Mee maggi cepat dimasak, sedap di makan...Mee maggi cepat dimasak, sedap di makan... ulang sampai cukup 2 minit..penangan kebuluq! hehe. ni confirm stock wajib.

kari ayam + nasik!! sungguh berselera tanpa mengeluh...baguskan ktrg? =P. tapi nasi putih tu beli kat sana tau. kat kedai runcit pun ada, masuk microwave 3 mins. tadaaaaaa!!!! 5 dalam 350++yen. lebih kurang macam tu la harganya..

ini masak sendiri ok..perlu ke riak? padahal sup sayur jerrrrr???

Omusubi...bekalan untuk sepanjang perjalanan.

last but not least, kami dan apa saja yang boleh ditelan dengan tuna seperti ritz, mister potatoes, roti and pancakes..bekalan adalah wajib (kalau rajin) sebab makanan mahal kan, nak selalu makan luar memang senget la balik malaysia, ni pun dah tempang sikit. hehe

So ini jela... (ini je!! banyakla wweyhhhh!!) punya lah panjang entri. tapi banyak gambar je kan.. kesimpulan dari travel jauh-jauh ni, baru lah rasa syukur bila dapat makan. sebab kebanyakan yang ktrg makan tu, tak tau nak rasa apa, gembira ke? sedih ke? yang tau syukur lah dapat makanan yang boleh dimakan.. ;). ok babai....

2 komentator:

eazlye said...

jePun da best...

izue said...

yes...terbaek!!! tp sian kn mereka2 kt sane U_U