Thursday, October 14, 2010

Dari Mabul ke ..........

Aikk. tiba-tiba dah dua minggu ek? patutnya aku tukar nama blog la. bukan namaku zubaidah. tapi kisah dua minggu lepas. hehe.

Apa yang terjadi dua minggu lepas? hurmmm.. patutnya sejak awal tahun lagi, dah tertulis dua minggu lepas aku akan bertapa kat mabul island, sabah. berenang-renang bersama penyu, main cak-cak dengan nemo atau berlatih orchestra dengan lautan ikan kat laut biru tuh. tapi takdir penentu segala nya. kita hanya mampu merancang je kan. dari laut yang biru, aku telah tercampak ke laut ceklat, yang amat tenang tanpa sebarang ombak, berbau minyak petrol dengan ikan sekor pun tak nampak, yang diberi nama pantai port dickson. *bosan gile seyh mandi situ. haha*.

Kenapa tak jadi pergi mabul? sebab ada masalah tertentu yang tak dapat nak elak, takdelah sedih sangat, mungkin ada hikmah just geram je tengok video dengan gambar-gambar ili. macam nak belasah je derang. haha..

Benci kot tengok gambar nih!! =P
*ili, curik gambar ko! hehe*

Tapi kenapa ke port dickson?? sebabnya ada ATeam d'Reunion 2010. Alumni dengan adik-adik ateam semua berkumpul kat sana. memang atas sebab ni je. bukan sebab aku teringin sangat nak ke port dickson oke! haha *riak sungguh*. Tapiii....mungkin salah aku kot, datang macam lambat sikit, so macam tak sempat je nak bermesra dengan adik-adik nih. dengan sape je sempat berborak. mandom gila. kat sini pun masih nak berkepit dengan XTeam. apa dahhh... tapi overall, okla event ni sebab ahli-ahli ateam dari pelbagai generasi dapat berkumpul dan berbincang masalah-masalah yang timbul kat ateam. *mangat gila kot. =p*. Hopefully next reunion, dapat lah join lagi dan alang-alang ni, nak ucap jugak mekasih dan tahniah kat adik-adik yang handle program ni. ktrg paham bukan senang nak kumpul semua yang kertu-kertu ni. apa pun, sila ambik pengajaran ye bab duit. susah tau nak cari duit dan gaji ktrg takdela besau sangat. tengok cam aku, sampai kena buat side income tau. tsk T_T. so, see ya next time. *perasan budak-budak ni baca blog aku, padahal kebarangkalian amat ciput kot. heh.*

Sekarang korang tengok gambar jela eh.. malas dah nak explain ape yang terjadi masa kat sana, so layanzzzzz... babai

Kami semua. tapi ada yang dah balik masa nih! =(

Air yang tenang. nasib baik amy kocakkan. hihihi

Makan!

Makan lagik!
kalau ade yang lain. mesti lagi best.

Balik sempat singgah makan nasi ayam madu cowboy kat area PD tu.
hurm..rasa dia biasa je. tapi okla dha, lapar kot.. =)

Souvenir untuk kami para alumni. hohoho. sudah tua!

4 komentator:

rehan syazwani said...

kenape xphotoshop tmpal gmbo aku kt situuuu...hehehe

izue said...

haah ek. ala..
xpe. nti klo ada masa, aku buat! haha..

ira amira said...

izu, kuning dan kuning di situu...=p..(nk gak amek point lame kan..haha)

izue said...

haha.. =P