Ahad lepas, 6 disember 2009, ada majlis kawin ju dengan hazriq. dua2 kenal. seorang dak kelas dulu and yang lelaki tu dulu sama kolej, KTC. bukan sama blok ok. haha. majlis kawin ni berlangsung kat Kluang, Johor. atau secara tepatnya kat Kahang Timur. Leh tahan la gak jauh. lagi sikit je nak sampai JB. tapi nape ntah. semangat nak ke kenduri ni memang tahap gaban la. dan yang penting, siap berjaya ajak afni mani dengan huda untuk join venture sekali. wuweee wuweee ( klo ak sorang2, semangat ultroman pon tetap tak jadi kot plan ni) So pagi ahad, dalam kol 8, ktrg da memulakan misi nak ke sana. kira mantap gila la plan gi tido dulu kat bilik mani malam tu. walaupun terpaksa tido dengan radius golek-golek yang amat kecik. ehehe.
Sampai tol ayer hitam dalam kol 11. walaupun awal-awal tu ade kekeliruan sikit
si purple : korang, nanti kite turun kat ayer hitam eh.
si biru : OOoo. ok.
* silent*
kat sana boleh beli apa eh?
si purple yang agak lurus ketika tu : Emm.. orang biasa beli bear kot. apa je pon ada kat sane
si biru : Oo. u nak beli apa?
si purple : bukan. bukan. kita turun kat tol ayer hitam nanti.
korg ingat i makcik-makcik ke, nak gi ayer hitam beli pasu. haha. tapi tak sampai terus pon. nak masuk dalam tu je dah ambil masa almost 1 hour. dari ayer hitam ke kluang, pastu ke kahang lak. mula-mula tu psycho gak dengan peta tu. tapi nasib baik peta tu tak ikut skala sebenar. pastu, dah nak dekat sampai, patutnya ikut peta ada stesen minyak belah kiri tau. ktrg punya usha, punya la usha sampai warung pun ktrg kira (hahaha. mangat takut sesat). tiba- tiba je dah masuk kampung orang. alamak. dah sesat ni. terus tanpa buang masa. ktrg pon tanya la pakcik kat kedai runcit. seb baik hero kami ni ada.
ini la hero kami. bergaya kan??(leh kena saman tak aku ni agak-agak korg. haha)
Vroom. vroom..tapi die tunjuk sat je. so dengan malangnya. pastu ktrg confius balik. ngeh3! kali ni tukar plan. tanya orang muda lak. and yang ni ktrg tak ambil gambar. sebab aku yang tanye kan. hahaha
rupa-rupanya dekat je stesen minyak tu, cane ntah ktrg leh terlepas. tapi yang penting sampai dengan selamatnya.
sampai-sampai tu. cam biasa la kan. jumpa mak pengantin. kawan-kawan ktrg yang dah memang ada kat sana, jumpa pengantin yang agak blur time tu. heeee. dan pe lagi, melantak la. lapar tu. ktrg gerak tak breakfast pon. alas gitu je dalam kereta.
tapi ada menda ajaib tau kat situ. nama die ais kerim ajaib. ntah. tak pernah tengok lak. rasa dia cam air yang dikeraskan je. tapi bentuk ais kerim.
Ni alat aiskerim ajaib tu. ada budak bila takda orang nak. die pusing-pusing kan je mende ni
Ni la adik tu. sangat comel ok. siap panjat kerusi.
and yg memalukan bila dia tanye. "nak aiskerim??"
ak lak pi jawab dengan nada yang paling excited, "nak. nak!!"
senget tol
berjaya candid gaya gewdiks afni makan aiskerim. lalalala~
huda, cara ko makan aiskerim gangster sangat la
Masa ktrg tengah makan tu, pengantin lelaki dah sampai. tapi tak ble blah tol dengan pengapit lelaki tu. klo ade award pengapit paling over. konfem bagi kat dia. hahaha. tapi betul. pening tengok dia. cam tak reti nak duduk diam. (weyh korg. ak dah tau muka dia cam sape. hakim SEE kot. ade tak???). tapi lantak la kan. bukan dia kacau ak pon. hahaha. so, inila gambar sepanjang ktrg kat majlis ni ye..