Tuesday, November 3, 2009

Mango's Game

Pemadam. apa yang korang tau pasal pemadam, atau kegunaan pemadam. Ye! pemadam yang eraser tu, bukan PEMADAM persatuan mencegah dadah Malaysia tu eh.

Dulu masa sekolah-sekolah, rasanya paling jauh dapat guna pemadam pun, mula-mula mestilah sebagai pemadam kan, pastu guna dalam perang pemadam, ala mainan lawan-lawan pemadam. (hm. tak tau la game ni ada nama ke tak, ingat dulu kawan ajak "jom main pemadam", itu je *me=confuse*) pemadam siapa dapat tindih pemadam lawan. dia menang.. konfem korang pernah main kan?? kalau tak jangan risau, masih belum terlambat untuk mencuba. haha. Pastu, last skali yang pernah buat, tulis nama kat pemadam tu pekat-pekat (sebab dulu pemadam selalu hilang atau dikebas orang T_T) then, main tekap-tekap atas kertas macam berangan stamp la. rupa lebih kurang macam ni. tapi ni version sekarang. dah maju sket. heee

Masalahnya sekarang, entri kali ni bukan nak cerita pasal saya, tapi pasal seseorang yang dewa tahap kretip dengan pemadam ni. Nama beliau adalah KulitManggis (ini bukan nama sebenar ye) dan hasil kerjanya digelar Handcarved Eraser Stamp. sangat-sangat hebat dan kewl gila! bayangkan la. gua nak tulis simple cam kat atas ni pun dah menggigil-gigil, dia leh ukir. hm. dasat. memang dasat. And guess what??? dia buat giveaway yang diberi nama Mango's Game. yeahhh2!!! (dah nak tutup dah. dan mungkin ramai yang dah tau pon. hehe. biasala me and my last minute action.. (-_-') )

Atas ni antara hasil kerja dia (yang lain lagi dasat dan *PERINGATAN* kerana ianya mampu membuatkan mulut anda ternganga kerana terlalu mengaguminya) and believe it or not, this is the winning prize! plus, we might get our personalized stamp. Walaweh!!! sapa taknak kan? idaman malaya tu. it's like a dream come true. but obviously, if the winner will be chosen by a draw or randomly. guess the chances are quite slim since me=luck? haih. tak sinonim langsung. T_T. tapi takpe la kan. mencuba lebih baik dari terus putus asa.

Dalam syaratnya, kita kena bagitau apa benda yang kita nak tengok jadi stamp. pilihan saya semestinya gajah saya yang ekor melentik itu. walaupun macam tak mencabar dan tercabar je bagi si kulit manggis ini, saya tetap akan suka kalau berjaya dapat stamp berbentuk ini. wuweeee~

Yang mana asalnya datang dari label ini. tapi dapat gajah pon dah ok kot (kalau nak buat lebih pon saya terima. hehe)


Kepada sesiapa yang berminat nak join sekali, mai jengok link ni ye ( Mango's Game ). Masih belum terlambat sebab giveaway ni akan dengan rasminya ditutup pukul 12 tghari nanti. Dan jangan risau, syarat dia tak suruh pon membebel panjang-panjang, saya je suka lupa diri. haha.

0 komentator: