Wednesday, August 17, 2011

Syhhhhh..

RT @TheNoteboook: When a girl is silent, she's either over thinking, tired of waiting, falling apart, crying inside or all of the above.

Regards,
Zubaidah

p/s: lama kan tak update :) selamat berpuasa korg ^___^

Saturday, July 16, 2011

Buang Angin

Alo alo alo.. lama saye menyepi ye. kamu sume sihat-sihat belaka? hari ni mari kita bincang topik, cara terbaik untuk maintain sebagai perempuan melayu terakhir.

Case pertama:
Buang angin@Kentut di majlis kahwin

Sekiranya anda terjebak dalam situasi ini. Apakah langkah terbaik yang perlu diambil untuk pastikan keayuan anda tetap maintain.

1. Tahan kentut sambil tersenyum.. (ni konfem mampu menghasilkan senyuman paling kambing tapi sebaik-baiknya lontarkan lah senyuman paling manis korang pernah ada)

2. Lepas kan secara perlahan-lahan. strategi kena mantap. lakukan pergerakan yang banyak untuk pastikan pihak bertentangan serabut tengok kita (untuk pastikan mereka hilang fokus terhadap deria bunyi mahupun bau)

3. Lepaskan je dengan muka yakin sambil bangun. sebab normal nye kalau kerusi bergesel dengan jalan tar. bunyi die memang ala2 kentut pun kan.

4. Korang pergi buat-buat basuh tangan kat kendi meja lain. lagi jauh lagi bagus.. pastu buat-buat tengok makanan apa lagi yang best untuk dilahap.

5. prevent is better than cure right? so gi jela operate buang urat kentut. sonang kerja. haha.

Hehhh. merepek kan? toksah nak ikut sangat eh sebab situasi sebenar lagi complicated. Lagi satu, kalau tak pernah masuk dalam list perempuan melayu terakhir. tak yah pening-pening nak pikir kot. yang penting kita ENJOYYY!!

okla. babai~

Wednesday, June 15, 2011

Canvas in the house!


canvas!!!


Sticker-new product! tapi budak ofis je boleh order. ni pun kena paksa sebenarnye. hahaha

Thai Curry Tofu

Mari kita main masak-masak lagi. hari ini menu kita rakan-rakan, Thai Curry Tofu. yayyyy. bunyi senang. steps die memang senang. saya je buat jadi macam susah. heh =_="

Ingredients:
1 tablespoon canola oil (ala loghat, guna minyak biasa je. jangan minyak
cap kapak sudah)
1 (12 ounce) tofu - saya guna tofu lembut
1 tablespoon seasoned salt, to taste
1 small onion, chopped
3 cloves garlic, minced
1 can (300ml) coconut milk (but i substitute with creamer. ehehe. rumah waaa sudah lama xguna santan woo. inilah rahsie kekurusan keluarga kami. oke tipu!)
2 teaspoons curry powder
1/2 teaspoon salt
1/4 teaspoon black pepper
1/4 cup chopped fresh cilantro (pe kejadah ni.. tengok google image rupa cam daun sup jerr. haha)

dah selesai sediakan bahan, tibalah masanya untuk kite main masak-masak..

1. mula-mula kite goreng tahu lembut. ikut koranglah nak goreng cane, tapi kalau ikut penulis menu, die suruh season with seasoned salt first untuk rasa lagi umpphh! lepas goreng, letak tepi. ingat! tepi yerr jangan dalam mulut. kalau tak, tinggal thai curry je. tofu hilang..

2. untuk kuah, kita cairkan butter. kemudian masukkan segala jenis bawang yang korang dah potong. goreng dan kacau sampai kekuningan. lepas tu, kite masukkan segala bahan selebihnye termasuk cilantro yang rupa macam daun sup (tak tau lah daun apa ni. so saye tak letak pun :p). selesai kacau, masukkan balik tofu yang kite goreng tadi. then let simmer over low heat for 15 minutes. pastu tadaaaa... siap sudah :) senangkan??

nak tengok ke hasil kerja saye?? malu sebenarnye. tapi kena letak jugak walaupun buruk sebab risau korang kata, eleh budak ni pandai taip je. pdahal itu memang fakta. hahahaha


inilah die, TAPI apa yang special???

1. kalau order kat kedai, kaler kuning... saya punye kaler coklat. hahaha. mungkin sebab saya simmer for too long or simmer over medium heat. forgot to tune it to lower heat (weyh, boleh kan guna word tune sebab pusing gas tu kan macam tuning fm radio. ehheh). atau mungkinkah saya terlebih serbuk kari.. hurmmmm?

2. sedikit masin sebab baru perasan masa taip untuk entri ni, rupanya aku salah baca!!!! letak garam ikut measurement seasoned salt. mampus weyhhh. gatai letak 1 teablespoon instead of 1/2 teaspoon. perghh bodoh yang amat =_='. tapi masih selamat sebab saya kurangkan sikit. masih boleh merasa ketidak logikan meletak 1 tablespoon garam untuk portion masakan yang comel ini. heh. (pandai sikit. yayyy :p)

so itu jela, tapi korang berani ke nak cuba ni. mesti cam tak yakin kan? hahaha. pape pun, i fell in love with this food lepas makan kat oxford cafe, belakang NZ wangsa walk. superb waa cakap tapi tinggal bape hari je lagi. nak close down and their last operation will be on 30 june 2011. kalau sempat, pergi la try. they called it butter tofu tau. hehe. oklah. banyak sangat dah ni. babai

Sunday, June 12, 2011

"Bile?"

Fuhh. adekah musim mengawan hampir tiba ke penghujungnya?? hurm.. hurm.. hurm.. hurmmmm..

weyh tolong, tak gheti dah nak tulis apa. dari tadi dok taip. then delete. apekah?? adakah naluri repekan aku sudah hilang. oh tidakkkkk!!! tapi macam ni lah. aku nak tulis dah 3 minggu berturut-turut aku pergi majlis kahwin kawan. satu je yang jauh, tapi ku gagahkan jua demi dia. chewahhh dan yang last two weeks, kat kl jer.

so macam biasa, bila jumpa ramai manusia. dapatlah soalan wajib. "bile?".. bilekah? atau apabile? hahaha. apa yang bile weyh? ada korang nampak lelaki comel, macho lagi dashing, bergaya, mententeram kan jiwa dan wangi sebelah aku ni? takdekan.. ke nak tanya bila aku nak jadi bos? sebab aku dok makan gaji jer? eh. lupa!!! kan saya part-time bos. ngehehe. ke bila nak travel around the world? atau bile nak belajar bawak plane? boleh gak aku bawak korang jalan-jalan kan atau bile nak buat parachute? haaaa.. kan best tanye soalan gitu. nampak sikit lain dari yang lain. lagipun, takkan lah aku tak jemput korang sebab konfem tak buat kat hotel lah. takde nak limit kan tetamu. tapiiiiii eh?? mane kite tau eks. si comel, macho lagi dashing, bergaya, mententeram kan jiwa dan wangi itu tambah lagi satu kriteria. huawawaaawa ($__$).

Pape pun sebenarnye in real life.. aku tak psycho pun dengan soalan tuh. ehehehe. saje buat kecoh kat blog sendiri. bosan gak kadang-kadang dengan diri sendiri yang terlebih tenang dan terlebih terer untuk memilih mane yang patut aku dengar+ingat. atau dengar dan lupe. hahaha poyos.

macam mane pun, as quoted from twitter "Being single doesn't mean you know nothing about love, It's Wiser to be alone than with the wrong person." hahhh kan?

so oklah. sudah habis merepek. yayyy. berjaya jugak tambahkan entri! hehe. nanti nak tunjuk gambar pulak yerr. daaa~

p/s: tipulah kalau tak pernah berangan. cuma memang angan-angan semata sebab berangan dengan orang yang tak pernah berangan pun nak dengan saye! hahaha :p (eh. korg paham ke ayat nih? sebab aku pun tak berapa paham sebenarnye. ngeee)

Thursday, June 2, 2011

oh dugaan...

Lately ni rasa masa berlalu dengan sangat cepat. sampai tak reti dah nak bahagi macam mana. tanggungjawab berat sangat. banyak masa depan company orang kat tangan saya (ok. ini statement perasan) tolong!!! rasa macam nak lari. tapi tak tau nak lari mana. rasa macam dah cuba yang terbaik. tapi tak cukup baik lagi. sedihh. tapi bagus jugak. at least tak payah lah nak pikir benda yang tak patut pikir itu..

Walau macammana pun, saya percaya, "Allah tidak akan membebani hambaNya melainkan sesuai dengan kemampuan hambaNya" (Al-Baqarah:286)

Oh!

Tuesday, May 24, 2011

Akibat kebosanan

camwhoring!!??? dengan ariq pun jadilahh. hahha.















mode: bosan menunggu turn kat klinik dr. gigi. Dr!!! bile mau bukak pagar saye?? penat lah mau buat appointment..


Location:Exit Jalan Taman Putra,,Malaysia

Friday, May 20, 2011

Apron LV


Fuhh. berjaya juga buat entri ni. yeheee. Entri ni ada kaitan dengan design business card LV yang saya buat dulu. sekarang ni kawan saya buat apron pulak. comel! comel! sukeeeeeee sgt! kalau che moon dah buat apron sendiri. konfemlah bisnes die dah makin maju kan. cayalahhhh. nanti kalau ang buat tshirt. jangan lupa kat cheq noh. cheq nak beli satu. hehe.

congratz tau che moon! moge sukses selalu... :)

notakaki: LV adalah lemon vanilla. tiada kaitan dengan louis vuitton


notaMINTAKkaki: beto jadi ustaz sombong dalam nurkasih the movie. sedihnyerrr. haishhh. kiciwa

Tuesday, May 17, 2011

Oh Abang Mayat!

Saya tahu saya lambat. tapi.....

Arghhhhhhhh.. larik larik larik! tolong! tolong! tolong! huawwawawwawaa. hihihi huhuhuhu. tskk. tskk T_T

[pengsan............]

[bangun balik]

Arrrgghhhhhhhhhh larik! larik! larik! T_T tsk. tsk. huawawawawwa. tolong! tolong! tolong! hihihi huhuhuhu

[pengsan =_=]

Demikianlah akibatnya kepada saya lepas tengok telemovie Kashaf Imani. (kejadian dalam hati. tapi baru terhegeh-hegeh nak download. lembab kan. hihi) Cerita itu sungguh sedih sampai merah mata den. tetapi lagi pilu selepas tengok mayat berlakon. atau nama glamornye Beto Khusairy. Oh!. Saya sangat suka ok tengok die berlakon. first time jatuh hati masa tengok Geng Surau. Oh abang mayat! O____O. Tak pernah tau macam nih. Dulu waktu angau-angau dengan drama Nur Kasih. Wa takdak sangkut pun pada Adam ke, Aidil ke.. kat si sarah tu adelah. Geram je tengok die, macam nak lenyek-lenyek je tengok die. TETAPI, tidak untuk abang mayat. walaupun muka die tak hensem, jambu lagilah, jauh sekali. tapi lakonan die. waaahhhhhhhhhhhhh wweeeeeee. ok. perlu berhenti disitu sebelum saya sawan kembali. hehe.

Tapi lepas tu tak sempat dah nak tengok lakonan die. Ini lah baru terkedek-kedek nak tengok. Ada lagi kan cerita baru yang die tengah berlakon skang, drama Juvana sebagai cikgu Arifin. meletopzzz gak orang kata. cikgu yang cool. oh. die memang cool! tapi macam tak dapat tengok je. sebab clash time dengan cerita Roda-Roda Kuala Lumpur bapak ku. heh. nak cari tv lain , agak kemalasan di situ. maka terpaksa lah saya rindu-rinduan gitewww. hohoho.

Pape pun. all the best utk Encik Beto Khusairy. semoga suksess selalu, berlakon lah lagi ye cerita-cerita yang best dan semoga berbahagia bersama isteri terchinta. uhuk3. ;p

nota kaki: kalau2 ada yang lagi terlambat dari saya. jemput-jemput lah tengok kat sini ye; http://malaymoviesfull.blogspot.com/2011/02/kashaf-imani.html

Saturday, April 23, 2011

Kesah Aku dan Dia

Kali pertama aku kenal dia, aku jatuh hati. sejak dari hari itu, siang malam aku asyik ingat kat dia. dia lah punca aku bersemangat nak pergi kerja, hari-hari berangan dapat sampai sebelum 8.30. kalau aku bernasib baik, dapat jumpa dia. sampai nangis kot. gembira punya hal.. kalau tak sempat, aku akan tanya budak-budak ofis lain. "eh korang, nampak tak dia?" kalau derang nampak, kena marah, "nape tak bagitau.. kalau tak, leh mintak tolong". dan kalau derang pulak yang terserempak dengan aku kat belakang, "hah, cari dia la tuhhh!". jawapan aku sengih simpul je. tengoklah betapa angau nye aku. tapi itu semua kesah dulu. kejap je aku sempat gembira dan rasa kasih dia.

lepas aku balik dari jepun, semua dah berubah. hari pertama aku jejak kaki kat Malaysia, terus nih jalan laju-laju cari dia. tapi kecewa. aku tak tau apa yang jadi dengan dia. tak seindah dulu. masam! aku jadi sangat kecewa. bayangkan, dua minggu aku kat jepun, dok teringat je dia, tapi ini yang aku dapat.

masa berlalu pergi.. kadang-kadang aku cuba jugak jeling-jeling bila lalu depan dia. dan kadang-kadang jugak aku bagi lah peluang kedua kat dia. yela kan, aku kan pemaaf orangnyer (promote diri kejap.. haha) tapi tetap, dia dah tak macam dulu...

masa berlalu pergi... aku bagi lagi peluang kat dia. tetap... kecewa je yang aku dapat. so, perlu ke aku berharap lagi? ntahlahh.. tapikan, ada kawan kata, kat ofis dia ada yang macam dia, mungkin dah berpindah kat sana kot. kecewa lagi.. maknanya memang rindu jela yang aku dapat.

hm.. itu lah dia kesah aku dengan dia, macam orang bercinta kan? tapi tak kan lah aku nak bercinta dengan dia, nasi lemak kot!!!

oklah.. masih sipi-sipi kecewa lagi ni. hihi. babai...

Location:Jalan Sultan Abu Bakar,Pekan,Malaysia